About Us

Dalam usaha mewujudkan rangkaian perniagaan percetakan e-teknologi secara terbuka kepada semua golongan, kami memberikan komitmen yang penuh bagi menyediakan sebuah platfom sokongan e-dagang ini yang mesra penguna. Secara teknikalnya, kami membangunkan laman myCard2u.com ini setelah membuat beberapa kajian terperinci dengan mementingkan keperluan bersama. Kami amat mementingkan pelangan kami kerana pelangan adalah tulang belakang kepada kejayaan sesebuah perniagaan.

Sejak awal tahun 2010, myCard2u.com, telah menyediakan perkhidmatan cetakan yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Kejayaan kami disebabkan oleh penghantaran dalam tempoh masa yang singkat dan harga yang ditawarkan jauh lebih murah. myCard2u.com, menyediakan cetakan offset dan digital dalam warna penuh untuk kad nama, kad pos, kad ucapan, penanda buku, flyer promosi, brosur, poster, beg kertas, folder syarikat, buku panduan, kad plastik 500gsm, kalendar desktop dan sebagainya. myCard2u.com, menerima tempahan dari seluruh Malaysia melalui laman web www.myCard2u.com. Dengan mengunakan kaedah terkini dalam Teknologi Maklumat, kami meningkatkan usaha bagi mengurangkan kos dan mempercepatkan proses penerimaan kepada pelangan. Kami menjamin kepada seluruh pelangan bahawa kami akan mempertahankan motto 'Your Printing Solution'.

*myCard2u.com adalah cawangan tunggal Rahadatul Aisy.

   

Powered By OpenCart
Print myCard2u © 2017